
Sekiranya tidak maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka dgn segala sengsaranya. Allah SWT berfirman yg bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yg serendah-rendahnya kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yg tiada putus-putusnya. " .
Paling kurang ada tiga tugas dan peranan yg harus dimainkan oleh manusia dan sebagai seorang muslim kita bukan hanya perlu mengetahuinya tetapi menjalankannya supaya kehidupan umat manusia boleh berjalan dgn sebaiknya.
Beribadah kepada Allah SWT
Beribadah kepada Allah SWT merupakan tugas pokok bahkan satu-satunya tugas dalam kehidupan manusia sehingga walau apa pun yg dilakukan oleh manusia hendaklah dalam rangka ibadah kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya yg bermaksud "Dan Aku tidak menciptakan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. " . Agar segala yg kita lakukan boleh dikategorikan ke dalam ibadah kepada Allah SWT paling tidak ada tiga kriteria yang harus kita penuhi.
a)Pertama lakukan segala sesuatu dgn niat yg ikhlas kerana Allah SWT. Keikhlasan merupakan salah satu kunci bagi diterimanya suatu amal oleh Allah SWT dan ini akan nampak sangat positif bagi manusia yg melaksanakan suatu amal krn walaupun apa yg harus dilaksanakannya itu berat ia tidak merasakannya sebagai sesuatu yg berat. Sebaliknya tanpa keikhlasan amal yg ringan sekalipun akan terasa menjadi berat apalagi amal yg jelas-jelas berat utk dilaksanakan tentu akan menjadi amal yg terasa sangat berat utk mengamalkannya.
b)Kedua lakukan segala sesuatu dgn cara yg benar bukan membenarkan segala cara sebagaimana yg telah digariskan oleh Allah SWT dan dicontohkan oleh Rasul-Nya. Manakala seorang muslim yang telah menjalankan segala sesuatu sesuai dgn ketentuan Allah SWT maka ini yg membuat perjalanan hidup manusia menjadi sesuatu yg menyenangkan.
c)Ketiga lakukan segala sesuatu dgn tujuan mengharap redha Allah SWT dan ini akan membuat manusia hanya mempunyai satu kepentingan yakni redha-Nya. Bila ini terjadi maka segala usaha menegakkan kebaikan dan kebenaran tidak akan menghadapi kesukaran terutama dari dalam diri para penegaknya. Ini adalah krn halangan-halangan selalunya terjadi krn manusia mempunyai kepentingan-kepentingan lain yg bertentangan dgn redha Allah SWT.
Menegakkan Segala Perintah Allah SWT
Sebagai Khalifah Allah, segala perintah Allah SWT harus ditegakkan dalam kehidupan di dunia ini. Untuk menegakkannya manusia dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah SWT berfirman yg bermaksud "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." . Untuk menjalankan fungsi khalifah, manusia harus menegakkan nilai-nilai paling asas iaitu kebenaran, keadilan dan kebaikan.
Tanpa kebenaran, keadilan dan kebaikan tidak mungkin kehidupan umat manusia boleh diwujudkan kerananya semua ini merupakan keperluan utama bagi diri manusia utk menjalankan fungsi khalifah. . Allah SWT berfirman yg bermaksud "Wahai Daud sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dgn adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yg sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yg berat kerana mereka melupakan hari perhitungan. " .
Untuk mendapatkan kehidupan yg baik di dunia ini salah satu tungak utamanya adl menegakkan hukum secara adil sehingga siapa pun yg bersalah akan dikenakan hukuman sesuai dgn tahap kesalahannya kerana perkara ini merupakan perkara yg sangat ditekankan oleh Allah SWT kepada manusia sebagaimana firmannya "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yg berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya menetapkannya dgn adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yg sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. " .
Memandangkan keadilan begitu penting bagi mewujudkan kehidupan yg baik, berlaku adil tetap ditegakkan walaupun kepada orang yg kita benci sehingga jangan sampai krn kebencian kita kepadanya, keadilan yg layak dinikmati tidak mereka perolehi. Jika keadilan boleh ditegakkan maka matlamat untuk mewujudkan masyarakat yg bertakwa kepada Allah SWT, cepat atau lambat pasti akan tercapai.
AllahSWT berfirman yg bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang yg selalu menegakkan, krn Allah menjadi saksi dgn adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu utk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan. " .
Membangunkan Peradaban Kehidupan
Peradaban kehidupan dan martabat manusia sangat berbeza dgn binatang. Binatang tidak mempunyai tamadun sehingga begitu rendah martabat binatang itu. Adapun manusia dicipta oleh Allah SWT utk membangun dan menegakkan tamadun yg mulia kerana Allah SWT menetapkan manusia sebagai Pemakmur bumi ini. Allah berfirman yg bermaksud "Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan pemakmurnya." .
Untuk membangunkan peradaban kehidupan ada lima asas masyarakat yg harus dipatuhi iaitu
1) menggunakan nilai-nilai agama Islam yg datang dari Allah SWT
2) menggunakan akal yg mampu utk berfikir dan merenungkan segala sesuatu.
3) mencari harta secara halal dan bukan menghalalkan segala cara
4) menjaga kehormatan manusia dan berakhlak mulia
5) menjaga keturunan atau nasab misalnya hubungan seksual tidak akan dipandang sebagai perkara
remeh.
Sesunggunya manusia yang tidak mampu membangunkan peradaban sebagaimana yg telah digariskan oleh Allah SWT maka martabatnya akan menjadi lbh rendah dari binatang krn manusia bukan saja mempunyai fizikal yg sempurna berbanding binatang tetapi manusia juga boleh berfikir dan mendapat bimbingan wahyu dari Allah SWT yg diturunkan melalui para Nabi.
Kemungkinan manusia menjadi lbh rendah atau lbh sesat dari binatang bahkan binatang ternakan dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya "Dan sesungguhnya Kami jadikan utk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya utk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya utk melihat dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya utk mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lbh sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yg lalai. " .
Kaum muslimin, dari keterangan di atas jelas bahawa kemuliaan manusia sangat bergantung pada apakah dia boleh menjalankan tugas dan peranannya dgn baik atau tidak. Jika tidak maka kemuliaannya sebagai manusia akan jatuh ke darjat yg serendah-rendah dan dia akan kembali kepada Allah dgn kehinaan yg amat sangat dan di akhirat dia menjadi hamba Allah yg teramat rugi. Wallahualam